JANGAN LUPA FOLLOW MY BLOG UNTUK SELALU MENDAPATKAN UPDATE TIPS DAN TRIK TERBARUTERIMA KASIH TELAH BERKUNJUNG DI BLOG INI

Khamis, 18 Oktober 2012

HARAM MENYIMPAN KUKU DAN MEMAKAI CINCIN DI JARI



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang 
belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpa
n kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah 


kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah 


tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya 


kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar 


sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan 


kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita 


atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan 


hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan 


diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan 


Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum 


yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang 


betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai 


cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) 


menyebut:

لم
 يثبت في  
 ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)


Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah 


mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: 


"Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, 


ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. 


Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan 


sesuatu dengan sebelah kanan

Ahad, 14 Oktober 2012

MISTERI KOTA MEKAH




Firman Allah Ta’ala yang bermaksud : 

“Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi 
manusia.” (Surah Maa’idah: 97)


Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya 
Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai
 hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik
 rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi.

Firman Allah yang bermaksud :

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa 
Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura 
(penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya 
(negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)


Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di 
sekelilingnya,menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain 
hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di 
dalam peradaban Islam. 

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga 
merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.



Allah berfirman lagi yang bermaksud :

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) 
penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat 
menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” 
(ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter,
 dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.


Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di
 atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). 

Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga
 berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.


Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat 
kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan
 yang membentuk bumi.


Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :

“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy, sesungguhnya 
kamu berada di bawah pertengahan langit.”


Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi 
(pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan
 Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. 

*(Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)


Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah
 pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang 
lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.


Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan 
mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata 
bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” 

Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.


Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu 
radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet.

Tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada 
alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat
 di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah

Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). 

Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut 
masih berlanjutan. 

Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik 
dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.



Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang
 bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas 
di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama
 sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .


Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, 
lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. 

Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita 
dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika 
mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.


Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua 
di dunia dan juga boleh terapung di air. 

Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut 
(dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan 
batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.


Rasulullah SAW bersabda :

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada 
susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” 
(Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)

“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi 

yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)


Wallahu’alam..

Sabtu, 6 Oktober 2012

BAHAYA ORANG JAHIL BERLAGAK PANDAI


IMAM al-Bukhari menyebut, kewajipan seorang Muslim sebelum beramal adalah berilmu. Jangan sesekali menghina dan memandang rendah akan kemampuan mereka yang memiliki ilmu. Islam melihat ilmu dan amal sebagai penyumbang kepada kehidupan bahagia di dunia dan akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menginginkan soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barang siapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ilmu adalah elemen pembangunan yang penting dalam menjamin kelangsungan hidupnya hati kita. Kata Saidina Ali Bin Abi Talib: “Hidupnya hati adalah berkat bertambahnya ilmu sedangkan matinya hati akibat ketiadaan ilmu. Sihatnya hati berkat keyakinan sedangkan sakitnya hati akibat keraguan.”
Bagaimanapun akhir-akhir ini golongan yang tidak berilmu cenderung berlagak seperti mereka berilmu tinggi. Natijahnya membawa kepada porak peranda kehidupan manusia dan kemusnahan binaan ilmu yang sebenar.
Secara bandingannya, seseorang doktor tidak dibenarkan memeriksa dan memberi ubat kepada pesakit melainkan setelah dia lulus dalam bidang perubatan dengan baik. Jika ahli akademik berlagak doktor dengan memberi ubat kepada pesakitnya tentulah memudaratkan pesakitnya.
Seseorang itu tidak diluluskan kemampuannya membina bangunan tinggi melainkan setelah dia memiliki kelulusan dalam bidang binaan melalui ilmu seni bina yang dikuasainya. Jika dilakukan juga tanpa memiliki ilmu, pasti boleh menyebabkan berlaku keruntuhan bangunan walaupun dia mungkin mempunyai bakat dan gaya menjadi jurubina.
Elemen kemusnahan dan kerosakan terjadi apabila yang tidak berilmu dalam aspek pengurusan bercakap soal urusan umat, jahil berlagak seperti orang alim, menghafal sepatah dua ayat berlagak hafiz, bukan ulama mengaku dirinya ulama kononnya untuk dihormati dan dikagumi.
Maka ketika itu bersedialah kita menerima akibatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Apa yang mendukacitakan, akhir-akhir ini lahir golongan disebut Rasulullah SAW sebagai Ruwaibidhah, golongan sebenarnya tidak berilmu tetapi dilihat berilmu, tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipu daya; ketika itu orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai pengkhianat dan tidak mempercayai pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaibidhah akan berbicara. Rasulullah SAW ditanya: Apakah itu ruwaibidhah? Lalu Rasulullah menyebut: Ruwaibidhah adalah orang bodoh (yang berbicara) urusan umat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Sebenarnya tidak menjadi salah kepada golongan ini memberi pandangan dan pendapat tetapi masalahnya ilmu tidak cukup untuk bercakap atau memberi pandangan kepada sesuatu yang bukan bidang mereka.
Al-Imam al-Sayuti menjelaskan, Al-Ruwaibidhah adalah orang lemah yang cuba mencampuri perkara besar dan berusaha untuk memperolehnya.
Ingatlah bahawa bercakap tanpa berfikir adalah petanda betapa rendahnya ilmu dan rosaknya akhlak. Ilmu yang lahir dari tapisan mulut golongan berilmu menyumbang banyak faedah kepada ummah.
Kata hikmat orang Arab, orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu. Di sesetengah tempat kita dapat melihat seorang yang cekap berkomunikasi dan pandai berceramah terus diberi peluang berucap serta membuat pelbagai kupasan berkaitan isu agama.
Keupayaannya berbicara seolah-olah dia menguasai kesemua disiplin ilmu dalam Islam. Apatah lagi ceramah boleh mendatang pendapatan lumayan maka ramai berusaha menjadi penceramah dengan menghafal ayat atau hadis lalu mentafsirkannya menurut digemarinya, bersesuaian keinginan semasa.
Golongan berilmu sebenarnya memperoleh kedudukan dan martabat tinggi dalam kalangan penghuni langit dan bumi.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang berilmu akan diminta keampunan oleh penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada dalam air. Keutamaan orang berilmu 
dibandingkan dengan ahli ibadah bagaikan bulan purnama atas seluruh bintang.” (Hadis riwayat Abu Dawud, Ar-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Selasa, 2 Oktober 2012

MENGAPAKAH

kenapa ye bila kita dah seronok dengan sesuatu benda atau perkara mesti ada halangan , apakah ini semua dugaan dari yang maha esa untuk menguji hambanya ? atau hambanya sendiri yang tersilap pilih jalan untuk kehidupan dia ? aku tak tahu apa lagi untuk mencari jawapannya lagi la aku tak mampu , siapa lah aku ini untuk memilih , sedangkan segalanya telah pun diaturkan , kita sebagai hamba yang lemah hanya mampu mengikut takdir yang telah ditetapkan


hari ini masuk hari ketiga aku berkerja di tempat baru , walaupun kerjanya sungguh memenatkan tapi aku suka sangat kerana ini lah cita-cita aku sejak dari dulu , pagi tadi aku bangun seawal jam 5 pagi dan dengan semangat yang berkobar-kobar untuk memulakan kerja baru aku di hari yang ke tiga , tapi sungguh malang nasib ku kerana aku dimaklumkan yang aku tak jadi untuk kerja sebabnya kawan aku yang menjadi tunjuk arah tidak datang , sedihnya aku disebabkan seorang perkerja aku yang baru hendak menjadi perkerja contah dan disayangi bos telah dibagi cuti tanpa rela , adilkah ? akukah yang salah kerana telah memilih kerja yang mungkin tidak bersesuaian dengan aku ? aku tak nak jadi penganggur untuk kali yang kedua , cukuplah selama sebulan aku telah menjadinya dan aku tak mungkin menyusahkan emak dan akak aku lagi , tolonglah ya ALLAH S.W.T sesungguhnya kepadamu saja lah tempat aku mengadu , berilah aku peluang ya ALLAH untuk membalas jasa emak dan akak ku yang telah bersusah payah untuk aku , hanya itu saja yang aku minta kepadamu ya ALLAH , berikanlah aku perkerjaan yang baik dan murahkan lah rezeki hambamu ini ya ALLAH , supaya hambamu ini dapat membalas jasa emak dan akak ku , amin




aku termenung seorang diri mengenangkan nasib diri yang selalu ditimpa musibah baru-baru ini , baru ingin merasa nikmatnya ada saja perkara yang berlaku untuk menghalang aku mencapai apa yang dihajati , aku tahu ini dugaan nya tapi aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan ? aku takut sangat aku tak mampu untuk menghadapinya , ya ALLAH ya tuhan ku engkau kuatkanlah aku untuk menghadapi dugaanmu ya ALLAH S.W.T
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah) 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku