JANGAN LUPA FOLLOW MY BLOG UNTUK SELALU MENDAPATKAN UPDATE TIPS DAN TRIK TERBARUTERIMA KASIH TELAH BERKUNJUNG DI BLOG INI

Selasa, 25 September 2012

KASIHMU BERUBAH

semalam tak tahu kenapa aku terkenangkan  hari yang paling menyedihkan dalam hidup aku , nak tahu kenapa ? adalah lebih baik aku menceritakan dari mula mungkin lebih mudah untuk difahami , pertemuan pertama aku dengan seorang insan yang paling istimewa dalam hidup aku , berlaku di sebuah pasaraya yang lokasinya eloklah dirahsiakan , sha nama samaran yang aku kira sangat sesuai untuk diletakkan kerana tidak mahu meninggung mana-mana pihak , sha telah berjaya mengubah aku dari seorang playboy yang hanya tahu menyakiti hati seorang insan yang bergelar wanita , dari seorang mat rempit jalanan dan dari seorang kaki mabuk kepada seorang yang baik , kata-katanya pada suatu hati betul-betul telah menginsafkan aku




ia aku mengaku sewaktu mula-mula mengenali sha aku hanya ingin mempermainkan perasaan dia seperti aku mempermainkan perasaan gadis-gadis yang aku kenal sebelum ini , tapi setelah lama mengenali dia aku telah tertewas , ia tertewas pada seorang wanita betul-betul pekara yang paling memalukan bagi seorang playboy , andai ada di kalangan pembaca di sini menganggap diri adalah seorang playboy mesti faham apa yang aku rasa disaat itu , tapi walaupaun berkali-kali aku cuba menafikan yang aku telah jatuh cinta perasaan itu memakin kuat mengatakanya , mesti korang nak tahukan apa yang telah dibuat oleh sha kepada aku , istimewa sangatkah ? ia sangat istimewa bagi aku , perangai yang kebudak-budakannya yang dulu mengjengkelkan aku sekarang perangai itu lah yang membuatkan aku tidak bolah melupakanya , pelik kan perasaan ini , betul lah kata orang jangan membenci seseorng terlampau lebih kerana suatu hari nanti kamu akan mencintai apa yang kamu benci itu , terlalu banyak sebenarnya pengalaman manis sewaktu aku mengenali sha , kalau aku nak nyata kan disini mungkin sampai pagi esok pun tak mungkin boleh tulis abis hahahaha masih aku ingat lagi pada harijadi nya yang ke 21 aku telah menghadiahkannya sebuah taddybear yang besar , bila terpandang wajahnya yang bersorak gembira hati ini bagaikan ada suatu perasaan bahagia , tak dapat aku mentafsirkanya tapi itu lah yang aku rasa disaat itu , dan pada hari itu juga lah aku mula mengikut kata hati yang dulu puas aku menafikanya , aku telah jatuh cinta buat kali yang ke 2 




hari yang paling aku ingat adalah disaat aku menjemputnya di kedah , semasa dia tamat perngajianya di metrik kedah , malam itu aku mendapat panggilan darinya yang mengatakan aku kena itu emak nya datang ke kedah untuk mengambilnya , omg tahu tak apa perasaan aku waktu itu ? teruja dan malu , ia itu lah yang aku rasa disaat itu , teruja sebab tak sangka aku akan dapat menjemput orang yang aku sayang , bagaikan dalam mimpi di dalam mimpi dan pada masa yang sama malu sebab orang tuanya ikut serta bersama aku , dan yang paling harunya ialah aku terpaksa bangun seawal pukul 5 pagi kerana mereka akan betolak pukul 6 pagi , bagi orang yang biasa bangun pagi mungkin tidak ada masalah tetapi bagi orang yang macam aku yang sedari kecil memang tidak dididik oleh orang tua ku untuk bangun pagi memang sesuatu yang mustahil , tapi kerana sayang nya pasal usahkan pukul 5 pagi andai tidak tidur pun aku sanggup , pelik kan cinta ni , boleh mengubah seseorang yang tidak suka kepada sesuatu benda menjadi suka , itu lah kuasa cinta , nak dijadikan cerita semasa itu aku menyuruh emak aku mengejutkan aku seawal pukul 5 pagi , dengan wajah yang pelik emak menanyakan kepada aku , kenapa nak bangun awal sangat ?mungkin pelik kerana sepanjang hidup aku tidak pernah aku bangun awal , kalau setakat tidur lewat dan kadang-kadang tak balik langsung memang menjadi rutin seharian aku suatu ketika dahulu , dan sepanjang perjalanan ke kedah yang mengambil masa hampir 9 jam aku hanya senyap tanpa kata , sesekali apabila emak sha menanyakan sesuatu baru lah aku bersuara , memang rasa nak mati waktu itu ialah kerana sepatutnya istilah senyap tidak ada dalam kamus hidup aku , aku yang dikenali memang seorang yang heppy go lucky , tapi kerana nak jadi bakal menantu mithali terpaksalah aku berlakon sikit , akhirnya perjalanan yang agak membosankan bagi aku berakhir sewaktu sampai ke destinasi yang dituju , perasaan aku sewaktu itu memang tidak dapt digambarkan , gembira , seronok , bahagia semua menjadi satu , bagaikan mimpi pun ada rasanya semasa perjalanan balik ku dari kedah , orang yang aku sayang berada di sebelahku di saat itu , kami tidur bersama waktu di dalam kereta alangkah bahagia nya , andai aku mampu memberhentikan waktu pasti akan aku lakukan , indahnya untuk dikenang , kenangan terindah ini akan ku simpan dalam lipatan hati ini , tak akan ku biar kan ia hilah selagi nyawa dikandung badan , ini janjiku


tapi harus diingati walau sebahagia mana pun sesebuah percintaan pasti terselit kedukaan disebalik kebahagiaan itu , bak kata perpatah orang tua-tua sedang kan lidah lagi tergigit itu lah yang aku rasa disaat itu , kata-kata yang paling menyakitkan dari seorang yang aku sayang , aku masih ingat dengan jelas peristiwa 1 tahun yang lepas dimana waktu itu aku dan dia sedang  minum bersama di sebuah kedai , biarlah aku rahsiakan kata-katanya sesungguhnya aku tidak ingin mengingati setiap butir bicaranya waktu itu , biarlah kenangan pahit ini bagaikan pasir di pantai dan akan hilang bila angin bertiup



               
semasa tamatnya pengajian sha di kedah aku rasa aku lah insan yang paling bahagia di muka bumi ini , masakan tidak hampir tiap-tiap hari dia datang ke tempat kerja aku untuk memberi makanan yang dimasak nya , terharu gila aku time tu , sepanjang aku bercinta ini lah kali pertama aku menerima makanan hasil tangan gadis kesayanganku , bahkan kekasih pertama aku pun tak pernah masak kan untuk aku walaupun disuruh , u all pikir lah sendiri mana mungkin aku tak jatuh cinta dengan kebaikan yang diberi , dan banyak juga lah hadiah darinya yang aku dapat , dan masih aku simpan sampai sekarang , hadiah yang paling aku sayang semestinya sebuah patung ptrick , walaupun kecil tapi aku sangat menghargainya kerana itu adalah pemberian darinya , setiap malam sehinggalah sekarang dia lah peneman tidurku .

langit tak selalu cerah dan bumi mana yang tak ditimpa hujan kan , dan itu lah yang berlaku pada aku bila aku medapat tahu yang sha dapat tawaran masuk U di serawak , tak dapat digambarkan bertapa sedihnya aku waktu itu hanya tuhan saja yang tahu , pernah juga aku memintaknya untuk menolak tawaran itu kerana di semenanjung pun tak kurang juga U yang boleh dimintak , tapi jawapan yang aku terima sungguh mengecewakan , dia cakap itu lah impianya dan impian keluarganya , untuk melihat anak kesayangan mereka berada ditempat paling tinggi , dan kata-kata nya yang tak boleh aku lupakan dan tak mungkin aku lupakan sampai sekarang adalah CITA-CITA LEBIH PENTING DARI CINTA , KEJAR LAH CITA-CITA SEBELUM AWAK MENGEJAR CINTA YANG BELUM PASTI JADI MILIK AWAK , itu lah kata-kata yang aku pegang sampai sekarang ,

pertunangan adalah hari yang paling bahagia bagi pasangan yang bercinta sebelum menuju ke alam perkhawinan , akhirnya selepas melalui banyak halangan dan rintangan bersama aku dan sha membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan , pada sangkaan aku dengan adanya ikatan akan lagi menguatkan hubungan kami ternyata aku silap , dugaan bertunang rupa-rupanya lebih besar dari dugaan bercinta , selepas enam bulan usia pertunangan kami tak tahu mana silapnya , ada saja pergaduhan diantara kami sehinggikan emaknya beberapa kali menelifon aku untuk bertanya kenapa aku asik membuat hati anaknya sakit ? akukah yang bersalah dalam hal ini ? mungkin juga kerana waktu itu aku memang tak banyak masa untuk melayannya kerana kerja yang banyak , tapi salah kah ? bukanya aku berfoya-foya kan jauh sekali untuk curang kepadanya , dah sememang nya kerja yang aku lakukan memerlukan masa yang banyak sehinggakan tidur aku hanya 3jam setiap hari , pernahkah dia tahu ? kenapa dia tak pernah nak memahami ? bukan aku tak pernah mengatakan tapi kenapa dia tak percaya ? dia kata aku dah berubah selepas bertunang tapi tahukah dia kenapa aku berubah ? semua kerana dia , sebab nak khawin dengan dia aku terpaksa berkerja lebih keras untuk mencari duit , perkhawinan memerlukan jumlah duit yang banyak dan bagi orang yang tak mempunyai keluarga yang kaya macam aku hanya kerjalah yang boleh aku lakukan untuk memperolehi jumlah duit yang dikehendaki , susah sangatkah untuk dia memahami semua itu ? bukankah dia juga yang mengajar aku supaya mengejar cita-cita dulu sebelum aku mengejar cinta ? tapi kenapa bila aku mengikut apa yang diajarnya aku balik yang dipersalahkan ?

akhirnya hari yang aku paling takut menjelma juga , walaupun boleh diagak dari perangai nya yang mulai berubah selepas kurang layanan aku berikan tapi aku tak sangka dia betul-betul tergamak untuk memutuskan ikatan pertunangan kami , alasan yang diberikan adalah untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran dan tak ingin memikirkan percintaan , dia juga mengatakan tidak mahu  cita-citanya untuk menjadi seorang doktor gagal disebabkan oleh percintaan , logik kah alasan yang diberi ? disaat itu aku rasakan hidup aku gelap , setelah bersusah payah aku mencari duit untuk menikahinya inikah balasannya terhadapku ? pernahkah dia memikirkan perasaan aku ketika itu ? kenapa disaat aku memerlukan dirinya untuk menjadi kekuatan kepadaku meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini kenapakah dia meninggalkan aku ? aku pernah berjanji pada diri sendiri tak akan menangis untuk mana-mana perempuan lagi setelah putusnya cinta pertama aku tapi pada malam itu aku telah memungkiri janji aku , ia aku menangis untuk kali yang kedua kerana nya , dia berjaya membuatkan seorang lelaki yang dulu nya bagaikan tidak mempunyai perasaan menangis 2 kali disebabkan diri nya , tahniah atas kemenanganmu sha , mungkin jugak ini balasanku kerana selalu membuat perempuan menangis disebabkan aku , aku pasrah dengan ketentuanmu ya ALLAH



                  

pernah aku berfikir untuk kembali ke jalan yang lama menjadi playboy tapi bila difikirkan balik mesti ada hikmah untuk semua ini , dan kata-kata terakhirnya kepadaku akan aku pertimbangkan , andai ada jodoh satu hari nanti kita akan tetap bersama , biarlah tuhan yang menentukan segala-galanya , cukuplah sudah hampir 1 tahun aku merana kerana cinta dan kerana cinta jugalah yang membuatkan aku berubah menjadi yang lebih baik , terima kasih sha atas apa yang telah kau lakukan untuk ku , terima kasih juga kerana kamu banyak nengajarku erti perasaan dan bertapa manisnya nikmat bercinta , biarlah kenangan bersamamu menjadi kenangan terindah dalam hidupku , maafkan aku kerana sehingga saat ini aku masih tidak dapat melupakan mu , walaupun aku tidak dapat melupakanmu tidak bererti aku tidak memberi ruang kepada cinta yang lain untuk hadir dalam hidup ini , walaupun buat masa sekarang aku tidak mampu lagi untuk menerima cinta yang lain tapi masa akan datang mungkin terbuka hatiku untuk menerimanya  , dan aku selalu bedoa biarlah cinta yang hadir pada masa akan datang biar lah menjadi cinta yang terakhir buatku , sesungguhnya aku tidak sanggup lagi untuk disakiti




semoga terhibur membaca kisahku yang yang mungkin membosankan , apa yang aku taip ini bukanlah untuk meminta simpati tapi sekadar meluahkan perasaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan