JANGAN LUPA FOLLOW MY BLOG UNTUK SELALU MENDAPATKAN UPDATE TIPS DAN TRIK TERBARUTERIMA KASIH TELAH BERKUNJUNG DI BLOG INI

Sabtu, 29 September 2012

HARI YANG GEMBIRA


   hari ini aku gembira sangat sebab aku dapat no fon wahida , seorang yang telah lama aku usha , sebenarnya taklah lama sebab baru je satu minggu aku jumpa dia  hahaha dia pekerja baru kat tempat kerja aku ,baru seminggu masuk kerja , pertama kali aku melihat dia macam ada satu perasaan yang timbul , tak tahu lah nak cakap macamana tapi yang pasti aku mulai sukakan dia time pertama kali melihat dia , apakah ini dinamakan cinta ? tak mungkin kot sebab aku tak mungkin bercinta lagi setelah putus tunang satu tahun yang lalu


    nak dijadikan cerita aku mintak no fon dia pun dekat membe aku yang aku panggil ja , teruk kan aku tak berani nak mintak sendiri , sampai aku jadi bahan kawan tempat kerja aku , sebabnya aku penakut sangat nak mintak no fon gurl , tapi aku tak kisah pun jauh sekali simpan dalam hati , nak buat macamana dah memang dari dulu lagi aku takut kalau bab yang melibatkan gurl ni hahaha


   masa aku nak balik tu aku berhenti kat lampu isyarat , tiba-tiba aku nampak dia tengah berjalan kali nak balik hostel sampaikan lampu isyarat bertukar hijau pun aku biarkan , dalam hati aku berdetik mungkinkah ini jodoh ? nasiblah aku pakai moto kalau pakai kereta dah tentu kena hon dengan kereta lain hahaha sebab hari ini last aku kerja so aku buat satu benda yang tak pernah aku buat selama ini , nak berkenalan dengan si dia lah , walaupun malu gila time tu tapi bila mengenangkan yang hari ini adalah hari last aku kerja dan selepas ini tak mungkin aku dapat jumpa dia lagi tepaksalah aku buat juga , dengan segala kekuatan yang aku ada aku pun panggil dia lah dia time dia lalu di depan mata aku , tapi jawapan yang aku terima sungguh mengecewakan , boleh pulak dia cakap yang dia tengah sakit perut dan nak balik cepat , bertapa hampanya perasaan aku saat itu hanya ALLAH S.W.T saje lah yang tahu


   sampai je rumah aku terus call dia , tak sangka dia angkat pulak , gembiranya aku , aku fikir yang peluang aku untuk mengenali dia dah berakhir tapi rupa-rupanya masih ada , alhamdulillah syukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberi peluang untuk aku mengenali dia lagi


akan aku guna peluang yang ada sebaik mungkin untuk mengenali dia dengan lebih rapat dan kalau ada jodoh apa salahnya jadikan dia awek aku sementara aku masih single ni hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan